Selasa, 19 Februari 2013

Khas untuk awak..

Sayang,

Maafkan diri ini kerana diri ini telah banyak melukakan hati mu..aku tahu, hati kau juga terguris dengan tindakan ku yang tidak matang..kau begitu tabah mengharungi semuanya dengan tenang..

Sayang,

Walaupun hubungan kita dilanda pelbagai onak dan duri, tapi kau tetap tidak jemu-jemu untuk bersama diri ku..aku hargai semua yang telah kau lakukan selama ini.aku merasa bersalah kerana selama ini aku cuba menafikan apa yang ku rasa demi menjaga hati dan perasaan orang lain. Semakin aku cuba menidakkan semua kebenaran, semakin kuat hati ku memberontak supaya memberitahu kpd diri mu bahawa AKU AMAT MENCINTAI MU..kasih sayang kita semakin menebal dan begitu juga yang berlaku pada diri mu..

Sayang,

Aku berdoa semoga apa yang kita impikan sebelum ini akan menjadi kenyataan. Ku berharap kau dapat menyayangi ku dan melindungi diri ku sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta kita, kekal abadi selamanya..Aamiin.




Luahan hati ku,

        Mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan